Friday, November 4, 2011

Membeli Rumah

Gua perasan, ramai kawan-kawan gua yang mengeluh kerana belum membeli rumah. Bila ditanya, masing-masing cakap harga rumah tinggi. Chait, gaji RM2-3 ribu nak beli rumah double storey kat tengah Kuala Lumpur mana nak dapat jack.

Bila cakap soal membeli rumah, ramai yang tidak tahu tapi kalau bab membeli kereta, gua yakin lu orang dah tau semua dari pangkal A sampai Z. Oleh yang demikian, gua nak kongsi dengan lu orang tentang perihal membeli rumah.

Ya, gua sudah membeli rumah. Sekadar pangsapuri kos sederhana rendah yang berkeluasan 753 kaki persegi, mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Sesuai dengan gaji gua sebagai kerani cabuk. Rumah ni gua beli dengan harga RM88,000 baru telah dibina siap dengan kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF) pada September 2008. Ketika itu gua baru berumur 26 tahun.

Asalnya, harga rumah ini sebelum/semasa dalam pembinaan adalah berharga RM69,000 (tanpa 7% diskaun Bumiputera). Memandangkan ianya telah siap dan telah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) harganya telah ditetapkan sebanyak menjadi RM88,000 oleh Pemaju dan diskaun 7% untuk Bumiputera telah terbatal sama sekali (Gua difahamkan diskaun hanya boleh tuntut ketika pembelian rumah ketika dalam pembinaan dan masih belum mendapat CF).

September 2008, gua balik ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu untuk beberapa misi. Misi pertama, bercuti. Misi kedua, menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak bersama keluarga. Misi ketiga, berniaga kerongsang mutiara dan kristal. Misi keempat, membeli rumah dan misi kelima, jumpa kekasih hati gua yang bernama Kodok. Yang Kodok ni, lain kali gua cerita.

Sedang gua lepak dirumah orang tua gua dengan seluruh keluarga bersama Kodok selepas berbuka puasa, gua bagitau abang gua gua nak cari rumah. Dengan pantas dia ajak gua pegi pejabat jualan dekat rumah dia. Abang gua ni telah pun membeli rumah di Blok 1 di Bandar Mahkota Cheras ni. Rumah ni dia beli semasa dalam pembinaan seperti yang telah gua ceritakan di atas tadi. Keesokan harinya gua, Kodok dan abang gua pun pegi la ke Pejabat Jualan rumah tersebut.

Tertarik dengan end lot unit yang ditawarkan dengan harga RM88,000 beserta siapan tiles satu rumah dan caj guaman dibayar pemaju, gua akhirnya bersetuju dan perlu 10% daripada harga rumah tersebut sebagai deposit. Gile, mana ada gua ada RM8,800.0 nak bayar deposit tu. Nak ikutkan, memang la gua takde simpanan sebanyak tu. Simpanan yang gua ada cuma lebih kurang RM4 ribu lebih, lepas 2 tahun gua bekerja di Kota Kinabalu. Memandangkan kodok pun dah setuju dan suka sangat rumah tu, gua pun membayar RM1,000 sebagai bayaran booking untuk Pemaju sediakan Purchase Form antara gua dengan pemaju. Baki RM7,800 akan gua bayar keesokan harinya. Malam tu gua kira-kira, gua kurang RM5 ribu ringgit untuk cukupkan bayar deposit, terpaksa gua pinjam dengan abang gua dan gua janji kena bayar balik dalam masa sebulan. Mana gua dapat RM5 ribu dalam masa sebulan ?! Jap lagi gua bagitau lu orang.

Esoknya, lepas amik duit RM5 ribu dengan abang gua, gua pegi bayar baki RM7,800.00 untuk deposit. Gua pun dapat Purchase Form  daripada Pemaju untuk gua gunakan bagi memohon pinjaman bank. Lepas tu. gua dengan Kodok pegi Ikea untuk pasang angan-angan perabot apa nak letak kat rumah baru nanti. Selepas berbuka puasa, tiba masanya gua ucapkan selamat tinggal kepada Kodok dan terbang pulang ke Kota Kinabalu.

Memandangkan gua tak sempat ke bank di Kuala Lumpur untuk memohon pinjaman rumah. Semuanya gua uruskan di Kota Kinabalu. Gua ke CIMB Bank Jalan Kampung Air dengan membawa slip gaji 3 bulan dan Purchase Form sebagai modal untuk mendapat pinjaman bagi baki 90% harga rumah sebanyak RM79,200. Terperanjat beruk jugak la pegawai yang uruskan permohonan gua ni bila dia tengok rumah yang gua beli di Cheras, dan permohonan pinjaman dibuat di Kota Kinabalu.

Gua tanya dia, "Boleh kan ?!"

Dia jawab 'Boleh tu memang boleh, tapi biar kami cari peguam di sekitar kawasan rumah tersebut dan encik perlu ke sana untuk tandatangan perjanjian antara bank dan pemaju dengan peguam di sana".

"Gua tak ada masalah, kalau macam tu lu siapkan cepat perjanjian pinjaman gua dengan bank dan cari peguam area KL. Gua akan balik ke Kuala Lumpur lagi 3 minggu sebab nak sambut raya disana, boleh gua tandatangan sekali perjanjian dengan peguam lu nanti" Balas gua.

Untuk makluman lu orang, gua kena bayar caj guaman sebanyak RM2,311.00 kepada bank bagi memandangkan harga rumah gua dibawah RM100 ribu. Kalau harga rumah ni gua beli lebih harga RM100 ribu, caj guaman tersebut akan ditanggung oleh bank. Akan tetapi bayaran guaman ni gua minta pihak bank masukkan ke dalam jumlah pinjaman gua dan dimasukkans ekali Mortage Takaful Plan sebanyak RM2,089 menjadikan pinjaman gua sebanyak RM83,600.00.


Selang seminggu gua di bank, pinjaman perumahan gua diluluskan dan pegawai bank datang ke pejabat gua untuk gua tandatangan surata tawaran pembiayaan pinjaman dan memaklumkan bahawa pejabat peguam yang dilantik bank berada di Kajang. Dengan nilai pinjaman sebanyak RM83,600 gua ambil pinjaman berlandaskan syariah. Berikut adalah serba sedikit maklumat pinjaman rumah gua.

Jenis Pinjaman : CIMB Islamic Variable Home Financing-i
Nilai Pinjaman : RM 83,600.00
Kadar Faedah : BLR-2.15%
Jangkamasa : 30 tahun (360 bulan)
Kadar Caj Faedah Maksima : 10.75%
Bayaran Bulanan : RM428.57

Sementara itu, gua dimaklumkan orang tua gua di Kuala Lumpur yang Sale & Purchase Agreement gua dah siap dan boleh diambil di pejabat peguam yang dilantik Pemaju di kawasan Bangsar.

Lagi seminggu nak raya gua balik ke Kuala Lumpur untuk bercuti hari raya. Gua ambil kesempatan ini untuk ke pejabat peguam yang dilantik Pemaju di Bangsar untuk mengambil S&P Agreement. Gua juga ke pejabat peguam di Kajang yang dilantik oleh pihak bank bagi menanda-tangani lagi perjanjian pinjaman bank dan gua perlu membayar bayaran penyediaan dokumen, bukaan fail, duti setem dan lain-lain lagi sebanyak RM220.80. Selesai tandatangan, gua tunggu masa untuk bank lepaskan baki bayaran 90% kepada pemaju.

Bila S&P sudah berada di tangan, gua ke Ibu Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut untuk isi borang pengeluaran pembelian rumah menggunakan akaun 2. Akaun 1 KWSP sebanyak 60% caruman pekerja dan majikan dan hanya boleh dikeluarkan apabila umur pencarum berumur 55 tahun. Manakala baki 40% akan disalurkan ke Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk pembelian rumah dan beberapa tujuan lain. Memandangkan gua dah bekerja seawal umur 18 tahun, baki Akaun 2 ada lebih kurang sebanyak RM8 ribu dan gua layak keluarkan semuanya. Permohonan borang pengeluaran gua kepilkan sekali salinan kad pengenalan dan salinan S&P Agreement. Lebih kurang 2 minggu, amaun yang gua pohon telah dimasukkan kedalam akaun bank gua. Duit RM5 ribu yang gua pinjam dari abang gua, gua bayar balik. Senang kalau gua nak pinjam lagi kat dia.

Selesai beraya, gua pulang ke Kota Kinabalu semula. Bulan Disember 2008, gua mendapat surat dari pemaju bahawa bayaran dari bank telah mereka terima dan gua boleh ambil kunci pada bila-bila masa gua nak. Ketika itu juga gua mendapat surat dari pihak bank bagi menjelaskan ansuran bulanan pinjaman perumahan gua.

Terus gua buat temujanji dengan Pemaju untuk datang mengambil kunci dan dan pulang ke Kuala Lumpur. Kali ni, tiada lagi bayang Kodok menanti gua di Kuala Lumpur. Untuk mengambil kunci, gua perlu bayar yuran penyelenggaraan rumah dan beberapa bayaran lain. Semua dalam lingkungan RM400. Terima sahaja kunci rumah, gua begitu teruja dengan rumah yang baru gua beli. Malangnya, baru gua sedar yang rumah gua tak dilengkapi lampu, kipas, rail langsir dan grill. Rabak jugak la poket gua pegi beli lampu, kipas dan rail langsir dan gua bayar abg ipar gua buat wiring dan pasang rail langsir dengan harga ipar-duai. Grill pulak gua upah kontraktor cina yang lekat iklan kat papan notis dengan kos RM2,500 bagi pintu dan semua jendela termasuk awning di yard.

Gua ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menukar nama pemunya meter dari nama syarikat Pemaju kepada nama gua. RM300 sebagai deposit ke TNB. Sementara menunggu grill siap, gua terpaksa pulang semula ke Kota Kinabalu. Seminggu juga ambil masa bagi menyiapkan grill dan gua minta abah gua mengawal selia semasa kerja-kerja pemasangan grill di rumah gua.

Selesai semuanya lengkap, rumah gua sudah sedia diduduki. Memandangkan gua berada di Kota Kinabalu, gua serahkan kerja mencari penyewa ni pada kakak gua. Tanggal 1 Januari 2009, rumah gua telah diduduki penyewa sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga dengan bayaran RM450 sebulan.

Sekarang, BLR telahpun dikurangkan oleh Bank Negara dan bayaran bulanan gua adalah sebanyak RM390.00. Pasangan suami-isteri tadi pun hanya menyewa setahun kerana si isteri yang bekerja sebagai guru telah dipindahkan ke Johor Bharu. Gua ambil kesempatan ini untuk menyewakan kepada penyewa baru dan penyewa baru gua adalah seorang ibu tunggal anak satu yang menyewa dengan kadar RM480 sebulan. Walhal, harga pasaran bagi sewaan rumah gua ni adalah RM550.

Setiap bulan gua dibayar penyewa RM480, gua bayar balik kat Bank RM390, gua bayar penyelenggaraan RM60 dan ada untung sebanyak RM30 sebulan. Kalau sewaan ini berlanjutan sehingga tamatnya pinjaman gua selama 30 tahun, dikira dengan nilai tokok hartanah gua yakin gua sekurang-kurangnya nilai rumah ni berharga RM250 ribu pada tahun 2040 dengan pelaburan tunai yang gua ada pada mulanya yang kurang dari RM5,000.

Ok. Skim Pinjaman Rumah Pertama ?! Apa lancau !!!

No comments:

Post a Comment