Thursday, February 7, 2013

Menyewa Rumah


Ini adalah kesinambungan cerita Membeli Rumah

Awal bulan Januari 2013 yang lalu, aku dapat sms daripada Lyn, penyewa aku yang menyatakan dia mahu tamatkan menyewa rumah aku dan berpindah dengan suami ke rumah baru yang dibelinya di Kajang. Aku terus melompat girang. Mana taknya selama 3 tahun dia menyewa rumah aku, aku tak pernah naikkan harga sewa walau sesen pun. Harga yang aku tawarkan kepada dia sebanyak RM480 walhah area situ harga pasaran sudah mencecah RM600.

Dia juga meminta untuk keluar pada tengah bulan dan membayar sewa separuh bulan pada bulan tersebut. Aku tak ada masalah. Tanggal 16hb Januari aku kesana untuk mengambil kunci rumah dari Lyn dan suami serta memulangkan 2 bulan deposit yang aku ambil pada Aril 2010 dan melihat keadaan kondisi rumah. Tak banyak perbezaan yang aku dapati cuma warna dinding makin kusam dengan bekas tapak tangan dan kesan perabot. Selain itu ada beberapa paku yang telah dipakukan ke dinding, tapi aku ambil mudah dengan meyatakan biar aku yang cabut dan repair lubang tersebut dengan wallfilla (sejenis simen untuk menutup lubang).

Sesi memulangkan deposit berlaku tanpa masalah dan aku bukan seorang yang berkira. Asal tiada yang pecah dan hancur, sudah memadai. Bagi deposit api dan air aku tidak pulangkan kerana aku menunggu bil yang terbaru untuk aku jelaskan menggunakan deposit tersebut.

Beginilah keadaan rumah ketika aku datang mengambil kunci setelah 3 tahun disewakan kepada Lyn dan suami.

Blok Pangsapuri Angsana
Ruang Tamu
Pintu Utama dan Dapur
Bilik Tidur #1

Bilik Tidur #2
Bilik Tidur #3

Aku sempat juga buat siasatan harga pasaran sewa pangsapuri tersebut. Rata-rata semua tawarkan dalam harga RM600 sebulan. Kebanyakannya kondisi rumah sama seperti ketika aku dapat kunci daripada penyewa lama dengan dinding agak kusam dan tanpa kabinet dapur.Aku mengambil keputusan untuk mengecat satu rumah dan menambah kabinet dapur agar harga sewa bulanan dapat dinaikkan berbanding yang lain.

Dengan meminjam pita ukur dari kawan sepejabat, aku kembali ke rumah tersebut untuk mengambil ukuran dapur. Kemudiaannya ke Ikea di Damansara.


Ruang Dapur
Jenis Fyndig (IKEA)
Di IKEA aku tertarik denngan set kabinet dapur jenis Fyndig. Murah, cantik serta kukuh. beberapa aspek diambil kira antaranya dari segi harga, keperluan, praktikaliti dan sebagainya.

Akhirnya tanpa syak wasangka, aku mengambil keputusan untuk membeli barangan berikut dari Siri FYNDIG

1 unit Base Cabinet (2 pintu)               x RM190.00        = RM190.00
2 unit Base Cabinet (1 pintu & 1 laci)  x RM150.00        = RM300.00
1 unit worktop (220cm)                      x RM125.00        = RM125.00
1 unit sinki                                          x RM  90.00        = RM  90.00
Sata 6 pcs knob (handle)                    x RM  8.50          = RM    8.50

Water trap (hardware shop)               x RM   7.50          = RM    7.50
Dirt trap (hardware shope)                 x RM 10.00          = RM  10.00

                                                                          Jumlah : RM 731.00

Dengan bantuan mak, aku borong bawak balik rumah naik kete.

Tanpa berlengah, aku pulang ke rumah sewa untuk meneruskan pemasangan. Sempat juga aku meminjam jigsaw daripada rakan aku, kalau tak memang berjanggut nak potong worktop guna gergaji tangan.



Jigsaw adalah yang paling penting utk potong lubang sinki dan potong ukuran worktop yang dikehendaki
(Gambar hiasan)
Barang-barang keperluan pemasangan
Proses pemasangan pun bermula dan inilah hasilnya.


Bagi proses mengecat pula, aku ke kedai hardware untuk membeli peralatan dan cat. Berikut adalah kos-kos terlibat :

2 tong Maxilite Paint 7 liter - Toffee Cream (Ruang Tamu dan Bilik Tidur #1 dan #2)       = RM70.00
1 tong Nippon Paint 5 liter - Graystone (Bilik tidur #3 & feautre wall ruang tamu)     = RM63.00

2 unit roller paint besar          x RM 8.00     = RM16.00
2 unit roller paint kecil           x RM 5.00     = RM10.00
2 unit roller tray                     x RM 2.00     = RM  4.00
10 unit masking tape              x RM1.00      = RM10.00

                              Jumlah kos untuk mengecat = RM 173.00

Setelah proses mengecat inilah hasilnya :

Ruang Tamu
Bilik Tidur #1
Bilik Tidur #2
Bilik Tidur #3

Proses mengecat dan memasang kabinet di aku habiskan dalam masa 2 minggu dalam bulan Januari sebab aku nak rumah ni siap diduduki tepat pada 1 Februari untuk penyewa baru. Alhamdulillah semuanya siap seperti dalam perancangan. Oh ya, aku buat semua ni seorang diri untuk mengurangkan kos.

Kos keseluruhan memasang kabinet dapur dan mengecat ni adalah sebanyak RM731 + RM173 = RM904.00

Setelah aku menaikkan iklan di mudah.my bertalu-bertalu panggilan telefon masuk berminat dengan rumah aku. Aku buka pada harga RM750 dan boleh dirunding. Ada seorang makcik tawarkan aku RM700 didalam telefon dan perlukan masa 2 hari utk melihat rumah kerana agak sibuk tetapi seorang pasangan yang akan berkahwin terlebih dahulu datang melihat dan menawarkan sebanyak RM680 dan aku setuju dan ikat selama dua tahun (24 bulan) dengan 2 bulan deposit + RM300 deposit utiliti (api+air) + sewa bulan pertama dan yuran duti setem perjanjian sewa.

Perjanjian sewa yang telah dimatikan setem oleh Lembaga Hasil.


Dengan bermodalkan sebanyak RM904 dan kederat 4 tulang aku ni, aku berjaya menaikkan sewa sebanyak RM680 sebulan. Sebanyak RM80 lebih tinggi dari harga pasaran iaitu RM600.
Dengan lebihan sebanyak RM80 sebulan dengan ikat perjanjian selama 24 bulan, aku berjaya mendapat lebihan sebanyak RM1,920 dan tolak modal cat dan kabinet sebanyak RM904. Aku untung bersih sebanyak RM1,016.00 untuk tempoh 2 tahun. Itu baru dikira dari segi harga pasaran.

Dengan bayaran bank sebanyak RM418 sebulan, dan RM66 untuk fee penyelenggaraan. Komitmen aku adalah sebanyak RM484 sebulan dimana pendapatan dari sewaan adalah sebanyak RM680, aku berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM196 sebulan dan sebanyak RM4,704 untuk tempoh 2 tahun.

Bila perjanjian sewa telah dimatikan setem dan proses bayaran bulanan dilakukan penyewa dengan memasukkan kedalam akaun bank, pihak bank akan mengesahkan bahawa rumah ni adalah aset diamana aku tidak mengeluarkan wang saku aku untuk membayar pinjaman rumah malah aku juga mendapat pendapatan dari kadar sewa yang tinggi. Ingat, perjanjian amat penting bukan sahaja melindungi tuan rumah serta penyewa, malah membantu tuan rumah dalam pembelian rumah seterusnya.

Perjanjian sewa rumah ini dibuat oleh Peguam dari Unit Perundangan pejabat aku dengan bayaran hanya doakan agar dia mudah bersalin nanti. Haha..

Ok. Kalau tak ada aral melintang, insyaallah bulan Mei nanti aku  beli rumah lagi satu. Nanti aku sambung cerita.. 

Wednesday, January 2, 2013

Azam Tahun Baru

Apa azam tahun baru kau ?!

Senang. Naikkan berat badan dari 75kg jadi 85kg.

Thursday, September 20, 2012

Blog LeanToRipped : My journey from lean to ripped


Feel free to stop by and catch my new blog. A real time story on my journey from lean, skinny, or whatever u called it, to ripped. Here --> kamarulxy.blogspot.com


Adidas Original T-Shirt Signed By Lil Jon


Semalam aku dapat panggilan dari Adidas Malaysia untuk pegi ambil sehelai t-shirt Adidas Original yang ditandatangi oleh penyanyi rap Amerika, Lil Jon.



Baju ni lawa, tapi bila dah kena conteng jadi tak lawa. Aku nak jual..

Wednesday, September 19, 2012

Adidas Originals Breath and Stop Tour


Cerita dah lapuk tapi takde mende nak post. Aku dijemput ke Adidas Original Breathe and Stop Party di Stage, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 10 Ogos lepas. Ada 3 lagenda DJ Hip Hop yang hadir.
Ali Shaheed, Maseo dan ShortKut

Aku sebenarnya malas nak pegi sebab dalam bulan puasa ni memang aku tak nak jejak kaki kat kelab-kelab malam, tapi bila tau dapat goodies, itu yang aku pergi. Goodies aku dapat merupakan sehelai baju Adidas Originals untuk aku dan satu untuk makwe yang aku bawak malam tu.







Lepas register, aku amik goodies masuk kejap, layan lagu dan nengok orang menari seround dua, aku terus ajak makwe tu keluar gi makan kat Restoran Pelita KLCC seberang jalan.


Ok la, dapat jugak aku dengan makwe dapat baju free buat baju pegi beraya tahun ni..

Monday, July 16, 2012

Adidas Predator Lethal Zones Launching - D-day


Pada petang Khamis 12 Julai 2012, telah berlangsung Majlis Pelancaran Adidas Predator LZ yang dianjurkan oleh Adidas Malaysia. Pendaftaran bermula jam 6.30 petang dan majlis bermula pada jam 8.30 malam dengan tayangan beberapa video Adidas Predator dan ucapan dari Pegawai Pemasaran Adidas Malaysia.

Registration booth

Perasmian ini dimeriahkan lagi dengan 4 orang bintang bolasepak kebangsaan Malaysia dan beberapa selebriti tanah air. 

Farizal Marlias, Norsharul Idlan, 3 orang kuat Adidas Malaysia, Asrarudin Putra Omar dan S.Kunalan

Disamping itu, 25 orang pemenang (termasuk gua) yang memenangi Adidas Lethal Idea pula menerima sepasang kasut Adidas Predator LZ yang berharga RM799 dan berpeluang menang RM3,000. 

25 pasang kasut Adidas Predator LZ yang disediakan untuk 25 pemenang Adidas Lethal Idea

Sebanyak 5 buah course disediakan, antaranya First Touch (tiada gambar), Drive (tiada gambar),

Pass

Sweet spot

Drible

Meskipun gua tak menang hadiah utama RM3,000 dan hadiah cabutan bertuah berupa kasut adiPure yang ditandatangan oleh Frank Lampard, gua berasa amat bertuah kerana terpilih dan dijemput menyertai majlis pelancaran ini. 

Hadiah Lucky Draw

Ucapan tahniah dan terima kasih buat Adidas Malaysia kerana telah berjaya menganjurkan event yang amat meriah dan gua berharap akan ada lagi event-event cegini dan mohon jemput gua sekali. Dilampirkan beberapa gambar untuk tatapan.



Bersama Zainal Abidin Rawop, Pengulas Sukan Negara



Dapat bergambar dengan patung pun jadi lah..

Bersama selebriti jemputan, Fizo Omar sebelum shooting. Shooting bola tau, bukan shooting drama

Gua dan Norshahrul Idlan Talaha

Ini bukan makwe gua, supermodel Amber Chia 


Host pada malam tersebut Fay Hokulani dan Craig Morraies

Health Blogger, model and Hitz.fm presenter, Adidas Ambassador dan bermacam lagi, Fay Hokulani

kamarul is all in


Thursday, July 12, 2012