Tuesday, June 12, 2012

'20 Orang Makwe' #1

7.30 pagi. Aku sampai pejabat setengah jam awal hari ni. Hanya kelibat Johari yang ada ditempatnya, dia memang selalu datang awal. Aku segera duduk di meja kubikal aku dan menekan butang monitor dan memasukkan password. Sengaja aku tak shut-down komputer aku, cukup sekadar aku log-off dan padamkan monitor. Selepas inbox emel aku periksa, tiada yang penting dan urgent. Cursor aku tujukan ke ikon Chrome. Lantas aku masuk ke dalam akaun facebook. Satu persatu newsfeed aku belek dalam keadaan malas.

Terbeliak mata aku terpandang gambar pengantin di atas pelamin. Ain dah kahwin?! Makwe Klang yang aku kenal ketika lepak minum di Syed Bistro, Plaza Alam Sentral 3 minggu lepas. Ake belek telefon aku check bila kali terakhir sms aku dengan dia. Haa, dua minggu lepas bila aku sms dia yang aku sudah berada di bawah untuk mengambil dia dan terus ke bilik hotel. Memang lepas bersama ada dia cakap nak kahwin, tapi mati-mati aku ingat dia main-main sebab aku memang tak pernah amik pot pun pasal kahwin ni.

"Amboi, pagi-pagi tengok gambar orang kahwin. Kau dah nak kahwin dah ke ?" sapa Shida yang baru sampai dan terus duduk ditempatnya.

"Ni skandal aku kahwin tak bagitau aku." Sengaja aku terus terang untuk dapatkan reaksi Shida.

"Tu lah kau, lambat sangat"

"Bukan aku lambat, aku yang tak nak kat dia sebab aku nak kat kau"

"Ah mengarutlah kau" bentak Shida kemudian terus ke berjalan dengan perlahan menuju ke pantry meletakkan nasi lemak yang biasa dibelinya setiap pagi.

Aku segera menutup laman sosial dan mula menyiapkan First-Quater Report yang tertunggak semalam. Belum sempat aku mula apa-apa. Razif telefon.

"Bro, kau tau tak Ain kahwin semalam?"

"Tau, dari facebook."

"Alamak, melepaslah aku. Weh, breakfast kat cafe pukul 9 jap lagi"

"Ok" aku jawab malas.

Aku sebenarnya dah nak pass si Ain ni kat si Razif, tapi dia ni lambat sangat. Paling kuat dia buat, add Ain dekat facebook. Aku capai kembali handphone aku dan menaip sms untuk dihantar ke Ain.

"Selamat Pengantin Baru and i miss u". Sent !

Pergi mampos kalau laki kau baca. Kah kah kah.

No comments:

Post a Comment