Thursday, June 7, 2012

Itali tanpa Totti : No Totti No Party


Sekilas Cerita Pasukan Bolasepak Kebangsaan Itali & Francesco Totti

Francesco Totti : 58 Cap, 9 Gol


EURO 2000

Namanya mula naik ke kemuncak. Penalti yang gua gelar 'cip hantu' menghantui Edwin Van Der Sar sehingga sekarang. Dan walaupun kalah dengan Perancis di final, Totti dinobatkan pemain terbaik perlawanan.


World Cup 2002

Kontroversi Totti menjatuhkan diri sendiri ketika bertemu tuan rumah Korea Selatan menyebabkan dia dilayangkan kad kuning kedua dan kad merah serta menyebabkan Itali terkeluar selepas tunduk kepada Golden Goal Ahn Jung Hwan. Selepas kejohanan ini, peraturan Golden Goal dibuang dan digantikan kepada Silver Goal.


Euro 2004

Totti kembali lagi dengan kontroversi. Kali ini dengan meludah ke muka Christian Polsen dan digantung 3 perlawanan. Kehilangan Totti menyebabkan Itali gagal ke pusingan kedua.


World Cup 2006

Totti hampir terpaksa melupakan World Cup 2006 selepas buku lalinya patah 4 bulan sebelum kejohanan. Selepas pembedahan, kecederaan yang sepatutnya pulih dalam masa 6 bulan berjaya dihadapi dalam masa 4 bulan dengan tidak mengeluarkan plat besi di dalam kaki beliau. Berjanji akan bermain elok-elok tanpa kontroversi, Totti bermain dalam kesemua 9 perlawanan, Totti dan Gli Azzurri berjaya membawa pulang piala idaman umat manusia. Kemudian, Totti mengumumkan untuk bersara daripada bermain dengan pasukan Itali.


Euro 2008

Permulaan Era Itali tanpa Totti. Roberto Donadoni cuba memujuk Totti kembali bersama Itali tetapi gagal. Itali tumpas kepada Sepanyol di suku akhir melalui tendangan penalti 4-2 selepas seri 0-0. Sepanyol kemudian dinobatkan Juara Piala Eropah 2008 selepas menumbangkan Russia di separuh akhir dan menumpaskan Jerman di perlawanan akhir.


World Cup 2010
Marcelo Lippi kembali menggalas peranan sebagai Jurulatih. Seluruh rakyat Itali berharap Lippi dapat memujuk Totti kembali menyertai pasukan Itali, tetapi tiada apa-apa kenyataan dari kedua belah pihak. Itali terkeluar dari pusingan pertama dengan keputusan paling buruk dalam sejarah. Gialuigi Buffon dan Fabio Cannavaro menyatakan ketiadaan Totti merupakan faktor utama kekalahan pasukan Itali.


Euro 2012

Umum sudah redha Itali tanpa Totti dan tidak meletak harapan tinggi. Totti hanya akan menonton kejohanan edisi ini dari pantai Miami, Florida bersama Isteri, Ilari Blasi ketika satu dunia menyebut tentang kehebatan dan kenakalan budak itam Mario Balotelli. Dan sebelum dunia mengenali Balotelli, King of Rome dah mengajar si Balotelli tentang sepak bola dan sepak kaki.

Kalau kau kerek, ini makan dia - Francesco Totti

Jangkaan : Itali ke Suku Akhir


No comments:

Post a Comment