Adidas Predator LZ ni sebenarnya merupakan model yang ke 12 dari keluaran Predator dan gua juga mempunyai sejarah dengan Adidas Predator edisi yang pertama.
Adidas Predator Edisi yang pertama (gambar hiasan) |
Dan sejak itu gua bertukar-tukar jenis kasut bola. Dan antara Adidas Predator yang gua masih gunakan sekarang adalah Adidas Predator PowerSwerve DB (edisi ke-9) dan Adidas Predator X DB (edisi ke-10).
Adidas Predator PowerSwerve DB #9 (ini mmh gua punya) |
Adidas Predator PowerSwerve DB ni biasanya gua pakai pada padang yang kering dan lembut. Gua pernah pakai di padang yang kering dan keras dan mengakibatkan buku lali gua terseliuh. Ini adalah kerana stud di bahagian tumitnya yang agak tinggi. Gua juga elakkan untuk pakai but ini jika keadaan padang basah atau hujan kerana ianya akan berat jika dalam keadaan basah kerana bahagian dalamya diperbuat daripada kain yang menyerap air. Dari segi tendangan, ia memberikan gua satu kekuatan tambahan dan lencongan. Selalunya, but ini jadi pilihan jika posisi gua di flank kanan atau kiri kerana gua selalu membuat hantaran lintang dan jauh.
Adidas Predator X DB #10 (ini pun mmg gua punya) |
Adidas Predator X DB ni pulak biasanya gua pakai bila padang dalam keadaan basah dan lembut. Gua suka betul buat hantaran-hantaran panjang menggunakan but ni sebab getah di atasnya memberikan sedikit kekuatan. Bahagian tumit yang mencengkam tumit juga memberikan kelebihan.
Gua hampir membeli Adidas Predator Adipower (edisi ke-11) pada awal tahun ni, tapi keadaan kewangan yang agak ketat membatalkan niat gua. Namun, sempat gua snap gambar bagi mengubat ketagihan gua pada Adidas Adipower ni.
Adidas Predator AdiPower #11 (ini gua tak sempat beli) |
Berbalik kepada cerita Roadshow Adidas Predator LZ tadi, untuk melayakkan pengunjung memenangi sepasang kasut Adidas Predator LZ (edisi ke-12) kami diminta untuk menggelecek (drible) 5 kon diatas artifical pitch dengan cara paling kreatif. Ada pengunjung yang menggelecek dengan menutup mata, ada yang buat secara backwards dan ada yang cuba menggelecek menggunakan dua bola.
Tiba giliran gua, gua datang idea untuk menimbang (juggling) bola sambil menggelecek melepasi setiap kon tanpa bola menjejakkan tanah. Percubaan kali pertama gua gagal kerana gua yang baru pulang dari pejabat berpakaian kemeja, seluar slacks dan sepatu yang tidak sesuai menyukarkan gua untuk juggling bola tersebut.
Gua meminta satu lagi percubaan iaitu dengan menggunakan head juggling serta beberapa bantuan peha dan kaki bagi menggelecek 5 kon terbut dan gua berjaya. Berikut adalah video yang telah direkodkan oleh makwe Adidas Malaysia yang bertugas.
Selepas itu, gua diberikan cenderahati sehelai jersi adidas dan pemenang akan dimaklumkan kemudian. Dan petang semalam, Adidas Malaysia telah mengesahkan bahawa gua telah memenangi sepasang kasut bola Adidas Predator LZ. Gua diminta datang ke majlis penyampaian hadiah di Sports Planet Kota Damansara pada 12 Julai depan. Disamping itu gua dan 24 pemenang lain akan bersaing dan berpeluang memenangi untuk hadiah wang tunai RM3,0000.00 dah cash voucher di sana. Moga rezeki murah gua berterusan.
5 pemenang mingguan |
Gua memakai Adidas Predator PowerSwerve DB baru-baru ini |
No comments:
Post a Comment